Friday, June 14, 2013

Cuti-cuti Melaka 21-23 Mei


Bismillahi wal hamdulillah

Dulu-dulu, seingat saya sekitar tahun 1992 sehinggalah saya berusia 14 tahun, saya dan adik-adik diwajibkan menulis satu karangan setiap kali kami pulang dari bercuti / berkelah / melancong dalam bandar =)

Karangan tersebut mestilah detail dari waktu kami mula bertolak, apa yang dilakukan sepanjang perjalanan, apa yang dilihat dan sebagainya sehinggalah waktu tiba di rumah. Jadinya sepanjang percutian / perkelahan kami akan mencatat waktu sekian-sekian apa yang dilakukan atau apa yang berlaku. Kemudian karangan tersebut akan disemak oleh abah atau mama dan markah akan diberikan. Cuma saya tak ingat adakah hadiah diberikan kepada sesiapa yang dapat markah paling tinggi (^_^).

Sudah lama aktiviti menulis karangan seumpama itu ditinggalkan. 

Sekarang rasa hendak ulangi kembali aktiviti dulu-dulu.

Hi, rasa kelakar pula kalau menulis karangan seperti dulu. Jadinya di sini cuma coretan secara ringkas sebagai kenang-kenangan percutian kami sekeluarga baru-baru ini.

Sebenarnya ia bukanlah percutian yang dirancang. Kebetulan 21 Mei yang lepas Encik Wan Haslan ada pembentangan kertas kerja di Renaissance Melaka Hotel.

Hotel Orkid yang terletak di pusat bandar menjadi pilihan kami selama 3 hari 2 malam.


# Hakim mengisi masa lapang sebelum keluar bersiar-siar (^_^) #


Rabu, 22 Mei kami mula melawat tempat-tempat yang berdekatan dengan Hotel Orkid. Antara tempat yang kami lawati  Menara Taming Sari, Kota A Famosa dan sekitarnya, Muzium Samudera (replika kapal Flor de La Mar), Muzium Rakyat – kalau tak silap saya, dan malamnya kami menaiki bot River Cruise Melaka menikmati suasana malam di sana. Esoknya, 23 Mei dalam perjalanan pulang kami singgah di Taman Buaya.


 # Menara Taming Sari, replika kapal Flor de La Mar & pokok Melaka #


# Menaiki beca & malamnya menaiki bot River Cruise Melaka #


# Taman Buaya #


Tidak banyak tempat yang kami lawati. Apa-apa pun alhamdulillah dapat juga mencuri masa di celah kepadatan masa encik suami. Terima kasih abang =)



No comments:

Post a Comment